Tuesday, January 31, 2012

Sensitif

Salam w.b.t


Kenapa dengan sensitif..? Ada siapa2 tau sensitif ni apa? Sensitif ni boleh dimaksudkan sebagai hati yang mudah terasa dengan kata-kata atau gurauan orang sekeliling mereka. Tujuan aku tulis tentang sensitif ni adalah kerana sejak kebelakangan ni aku rasa aku dalam kategori sensitif.. Bukan biasa2 tp luar biasa sensitif aku.. Pantang orang cakap something mesti aku terasa gila2 punya.. Aku tak salahkan diorang,aku pun sebenarnya tak tahu kenapa aku sensitif sgt sekarang.. Sebelum ni kalau kawan2 aku gurau2 ngn aku, aku biasa jer.. Tapi, sekarang pelik pulak rasanya bila diorang bergurau.. 


"Kau terasa ke? Kecik hati ke ngn apa yg aku ckp tadi..?" 


Ya, memang aku kecik ati dgn apa yg kau cakap kt aku.. Mungkin pada kau benda tu kecil je, simple, sekadar gurauan or whatsoever lah.. Tapi, pada aku benda tu adalah something yang boleh dikatakan sebagai suatu tuduhan atau prasangka yang tak berasas sama sekali.. Tolong la jangan bergurau tak bertempat weyh.. Aku bukan android, takde perasaan.. Aku manusia biasa la,sama macam kau.. Kalau asyik aku je nak kena take care hati kau tu...........sape pulak nak take care ati aku yg x sebesar mana ni hah.. tolong la.. Aku tak nak rosakkan mood korang bila tengok aku emosi.. Aku cuba buang emo aku semata2 nak jaga hati korang, so aku harap sangat korang boleh faham aku jugak.. Kalau tak boleh tak bergurau, at least tolong la jaga ati aku sket klu nk gurau pun.. Jangan cakap ikut sedap mulut aje..


Bila korang bersifat sedemikian, aku seolah2 baru sedar bahawa kita jangan terlalu menjaga hati dan perasaan orang untuk mengelakkan hati kita daripada terluka.. Perkara ini biasa berlaku.. Kita bukan main cuba berusaha untuk tidak meyakitkan hati orang2,tapi sebaliknya hati kita yang terluka dengan kata2 mereka.. 
So, lepas ni Pandai2 la yep Sarah..


Kadang2 kalau kita bergurau tak bertempat tanpa kawalan, paling teruk pun akan menyebabkan rosaknya sebuah ukhuwah yang terjalin.. So,untuk mengelakkan ini terjadi, berusahalah untuk menjaga hati dan perasaan orang2 tersayang sekeliling anda agar ukhuwah yang terbina akan kekal buat selamanya.. (",)

No comments:

Post a Comment