Sunday, January 29, 2012

Problem...? Selfish..?

Salam w.b.t


Hari ni rasa macam nak cakap tentang dua topik yang saya rasa ada kaitan jugak.. Problem dengan Selfish... 
Dalam dunia ni kawan2,rakan2,sahabat2 semua, mustahil la kalau ada orang cakap mereka takde problem kan.. Hidup kalau takde problem bukan hidup namanya.. tak mencabar la hidup kita.. Kadang2 problem ni la yang memberikan atau mencorakkan hidup kita menjadi pelbagai rupa dan bentuk yang kita cipta sendiri melalui perkara2 tertentu yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.. Memang semua orang akan ditimpa masalah, dan ada yang lebih hebat lagi masalah mereka tidak putus2, sering sahaja diduga dengan ujian yang boleh dikatakan hebat la jugak kan.. Tapi, kawan2, tidak semua masalah dapat kita tangani dengan sebaik2 nya...


Mungkin ada yang tak dapat diselesaikan dengan betul dan berakhir dengan perkara yang tidak dijangka. Oleh itu, sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat kita mestilah memerlukan bantuan daripada orang2 sekeliling kita kan?? Namun begitu, tidak semua orang akan sudi untuk membantu kita dan tidak kurang juga yang sudi menghulurkan bantuan tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya,sekadar mendengar dan megurangkan bebanan yang termampu sahaja... 


Selain daripada itu, terdapat juga insan yang tidak terbuka hati langsung untuk menghulurkan sebarang bantuan kemanusiaan.. Maka, daripada itu timbullah sifat selfish yang tersebut.. So, bagi saya bukan semua orang sudi atau sanggup untuk membantu dalam menguruskan kehidupan kita walaupun kita berada dalam keadaan terkapai2 keseorangan. 


Tidak semestinya kita memerlukan bantuan orang untuk setiap masalah yang kita hadapi walaupun masalah tersebut saya kira sangat berat untuk ditangani sendirian.. maka kita perlulah berusaha sedaya upaya yang termampu untuk menyelesaikannya dengan baik dan sistematik walaupun TANPA bantuan orang lain. Hendak Seribu Daya, Tak nak Seribu Dalih.


Pedulikan orang2 sekeliling kita. Masalah yang kita cipta sendiri seharusnya mampu kita tanganinya sendiri juga.. Tanpa bantuan orang lain juga kita boleh settlekan.. Inilah kehidupan... Penuh Onak dan duri dalam mencari sebuah erti kehidupan yang sebenar... Jangan berputus asa, jika tersungkur, kuatkan semangat dan bangkitkan kekuatan mental dan fizikal.. INSYAALLAH, segala duri2 yang harus kita tempuhi akan tunduk jua akhirnya, maka disitulah akan wujudnya suatu perasaan yang berunsurkan kepuasan.. Kitalah orang yang berjaya dalam mengharungi segala cabaran tersebut.. JADILAH INSAN YANG KUAT ROHANI MAKA JASMANI AKAN TERBINA DENGAN BEGITU KENTAL UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MANUSIA....  wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment