Thursday, November 17, 2011

Long Time No See!!

hehe.. mesti korg dh dpt agak apa yg aku nak cakap kn? Or maybe not..? hihihi dah lama sangat sangat sangat sangat aku x update blog aku nih.. dah bersawang dah pun.. bak kata org2 zaman sekarang  " lama gilerrrr siot kau x update blog kau..! bapak lama aku tunggu kau story2 dalam blog kau nih.." .. Hah!! itu adalah reaksi orang2 yg follow blog aku... persoalannya..?? Ada ke orang nk follow blog aku yg x hot ni?? haha.. memang tak lah kan.. tengok la follower aku pun ada brpe kerat jer hah.. 2 3 org jer.. itupun sepupu sepapat n kawan2 aku yg rapat ngn aku... mybe sbb aku jd follower dorg so that's why dorg pn follow la blog aku ni kan.. nak jaga hati.. hehehe... (^_^)
aku rindu gilerr kat korg babe!! siapakah gerangannya yg aku rindui itu?? jeng..jeng..jeng.. hehe..
emmmm,,, ntah!! aku pun x tau.. saje tulis2 apa yg bermain dalam kepala otak aku yg tgh benak skrg nih.. jam pun dah pukul 11.41 pm.. dah malam kot.... better la kau pergi tido sarah oiii... esok ada yg oversleep karang.. baru kau tau merana hidup membuang masa begitu saja.. hah! terlanjur cakap pasal buang masa ni kan.. mengikut kajian.. ramai orang telah menghabiskan masa hidup mereka dengan perkara2 yg merugikan (termasuk aku)..!! hehe.. "Demi masa..Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..kecuali mereka yg berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.." :Surah Al-Asr... (",) Oleh itu, sahabat2 yg aku sayangi hargailah masa anda dengan sebaik2nya.. masa itu emas.. Sangat bernilai jika kita dapat menggunakannya dengan perkara2 yg berfaedah mcm apa yg aku buat skrg ni..(apa yg aku buat?) haha.. mesti korang kata..
 "ek'eleh,, poyo la minah ni.. mcm kau tu baik sgt..!! ek'eleh..poyo2.." hihi..
apa orang nak kata? i don't care.. lebih baik dibenci Manusia, asalkan tidak dibenci ALLAH.. kerana jika ALLAh membenci kite maka tiada siapa akan berpihak pada kita.. tetapi, jika sekiranya kita dibenci oleh hamba ALLAH yang sama sahaja disisi ALLAH darjatnya maka belum tentu ALLAH juga membenci kita.. Kita tidak Layak membenci Makhluk ciptaan ALLAH kerana kita juga sama seperti mereka..sesungguhnya setiap manusia itu sama,yang membezakan mereka hanyalah iman dan amalan mereka disisi ALLAH.. ok kawan2..?? so,jgn sibuk mencari harta benda dan kemewahan duniawi yang bersifat sementara dan tidak abadi ini..ianya merupakan pinjaman ALLAH kepada makhluknya sahaja.. bila Dia nak ambil kembali..anytime Dia boleh ambik.. dan apabila Dia berkata "kun fayakuun" : jadi, maka jadilah.. hehe.. panjang sungguh hamba berceloteh hari ini.. izinkan hamba undur diri.. semoga rakan2 semua (yang 2 3 kerat tu la yg follow blog ni) berada di bawah lindungan dan rahmat ALLAH.. x lupa juga kepada ibu bapa, keluarga dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini.. ameen.. ASSALAMUALAIKUM... =)

No comments:

Post a Comment