Monday, November 28, 2011

Tak Percaya ke..?

Assalamualaikum semua..!! hehe..( follower setia yg 2 3 kerat tu..) terima kasih kerana still follow walaupun saya tau korang jarang baca blog yang tak hot ni.. betul x..? baik ngaku kalau tak, tarik telinga..

ramai yang tak percaya.. Agak2 korang la tak percaya apa..? cuba teka.. siapa jawab betul saya belanja ice blended yang famous kat puncak nih..hihi.. cepat2... 1....2......3.....
Agrhh,kesian, tak dapat jawab.. oklah... biar saya bagitahu.... Sebenarnya, saya nak extend 2 subjek semester ni.. Kenapa..? tak percaya lagi..? betul la.. kalau keluar daripada mulut saya  ni betul la tu maknanya..

"Kenapa kau nak extend Sarah..? Pelik la.."

Soalan kawan2 yang tak boleh saya nak jawab.. honestly, before dapat result lagi saya dah plan nak extend atas sebab2 tertentu yang saya tak nak cerita.. em, my parents macam tak berapa setuju tapi saya yang nak belajar kan bukan diorang.. so, saya pun decide la dan tetap dengan keputusan saya.. satu lagi cara saya..saya ni tekad kalau nak buat something sampai tak de siapa pun yang boleh halang saya.. dari kecik lagi camni...(nampak je pendiam..) tapi, tak de la sampai menyusahkan orang lain.. kalau susah pun saya je yang susah.. so, takde hallah dengan orang lain..
Setakat ni classmates semua tak tahu.. Kelas saya 3 orang extend termasuk saya.. Mintak2 takde orang sibuk hal kitorang ni.. hehe.. Ada jugak la yang busybody kan.. tapi, tak menjadi.. rahsia kami disimpan ketat.. amat sukar untuk diganggu-gugat..haha.. (macam pelik je ayat)..
Rajin pulak aku update hari2 post kat blog ni kan..haha..semenjak takde facebook ni,takde apa nak buat.. so, update jela.. boleh kurang sket beban otak ni.. bila menulis saya rasa macam otak saya kosong.. takde la brain's problem kan..hihihi..
hah..! lupa nak bagitau..sekarang ni aku layan twitter..tak main dah fb...best gak walaupun aku tak tahu sangat nak guna macam mana twitterr tu.. main tweet2 je.. best.. try la ek.. ok..tata semua... (",)

Caraku.. Don't Simply say anything bad..

Salam semua.. macam biasa lah..untuk follower yang 2 3 kerat tu..hehe.. =P
post kali ini saya nak minta maaf la dengan orang2 yang sensitif pada blog ni la kan.. (kalau ada)
"apa maksud kau Sarah.. aku x faham..?" jawapannya, saya nak minta maaf pada yang rasa bahasa yang saya gunakan ni macam tak elok atau menampakkan saya ini seolah2 orang yang tiada education..
saya maksudkan dengan cara penulisan saya.. saya menulis dengan menggunakan bahasa santai2 macam perbualan saya seharian.. Selain itu, cara saya mengeja sesuatu perkataan pun ada yang salah.. Saya juga banyak guna short form..
Apa yang saya nak nyatakan disini,tujuan saya guna-pakai cara penulisan sebegitu adalah kerana saya tak nak blog saya ni terlalu formal.. Kalau boleh saya nak santai2 je.. lagipun semua yang follow saya adalah kawan2 saya dan ahli keluarga terdekat yang sangat sangat kenal perangai saya yang sebenar.. Oleh itu, tiada masalah bagi saya.. Mereka tahu siapa saya.. Saya tak kisah kalau strangers kritik macam2 tentang blog saya sebab diorang tak kenal saya..
Pada pendapat saya secara jujurnya, Kita tak layak nak bercakap tentang seseorang yang tidak kita kenali kerana kemungkinan prasangka kita terhadap mereka itu salah dan selalunya memang akan salah.. seperti hadis ini yang berbunyi (ada bunyi ke..? haha) : "ABU HURAIRAH R.A MENYATAKAN RASULULLAH S.A.W BERSABDA: HINDARILAH PRASANGKA KERANA PRASANGKA ITU BERITA YANG PALING BOHONG.." 
Itu prinsip saya.. Saya tak kisah mereka nak cakap apa.. Saya tak rugi pun..Malah,saya akan rugi kalau saya cepat melatah (mmg aku ni suke melatah pun..)... Oleh itu, lupakan atau batalkan sahaja segala niat anda yang  tak berapa nak baik tu.. Saya bagi nasihat aje untuk kebaikan anda jugak.. "Kurangkan dosa dan tingkatkan Pahala"..haha.. it should be "Kurangkan kontroversi dan tingkatkan Prestasi"-trademark MELODI..
rasanya itu sahaja kot.. INSYAALLAH saya akan cuba perbaiki kelemahan saya dalam blog ni..terutama cara penulisan.. belajar daripada kesilapan kan.. Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk kita.. So, NO PAIN NO GAIN..hahaha..dah start melalut...ok... sekian... (",) 

Sunday, November 27, 2011

Boring Week...Hostel..?

salam..hehe...untuk follower yg 2 3 kerat tu..
 dah seminggu lebih masuk semester baru.. currently, sy skrg dah semester 4... student diploma perakaunan kat uitm puncak perdana,shah alam.. kalau ikutkan sepatutnya dah semester akhir dah.. tapi, saya berhajat nk extend walaupun xde subjek repeat.. sbb sy rse mcm xleh bwk kot.. subjek tough2.. org lain mungkin boleh but not me.. i hope my parents would understand my situation.. i know they r not really agree with my decision..
ok stop.. em, post kali ni nk ckp psl apa ek agak2..? cakap pasal hostel aku nak? korg nk dgr x..? x nak sudah la..xpe.. aku x kesah...x peduli....aku nk post jgk.. nak baca ke x nak suka hati korang k.. em, hostel aku ni kan (dah 4 sem duk hostel baru nk story psl hostel,ngek ngok btoi..hihi)... hostel aku ada 5 blok.. 1 blok ada 5 laman.. laman A sampai E.. lelaki x ramai pn.. hostel untuk lelaki 1 1/2 blok je.. x ramai kan..? yang lain semua perempuan yg duduk.. em, tp,x semua bilik digunakan.. x penuh pun..saru rumah ada 3 bilik tidur yang memuatkan 8 orang untuk setiap rumah..agak selesa jgk la.. em, masa sem 1 aku duduk rumah 2C11 bilik 2 orang yg ada meja study.. em, roomate time tu ok la.. orang PD.. kitorang selalu story mcm2 before tidur.. rindu gk r time2 tu.. tp, tu kisah lama.. wt kenangan jela kan.. dia pun skrg dh duk rumah lain2 ngn aku.. dah x ingat dah aku kot..dah ada kawan baru kan..haha.. ok dah...
time sem 2 plk aku duduk rumah 3E07, bilik 4 orang..still stay dgn housemate time sem 1..cume sorg je lain,dia ganti housemate aku yg jadi komander. hah,time ni mmg aku susah sket.. sbb biasalah, duduk bilik 4 org bukan semua orang kita boleh terima kan.. dan bukan semua orang boleh terima kita. mungkin aku x biasa duduk hostel sbb tu aku x biasa dgn keadaan cmtu.. sem 2 aku mmg dah start jadi pelik sket r..hehe..mungkin sbb aku kawan dgn org yg pelik2..kidding..
masuk sem 3 pulak aku dapat rumah jauh sket 4A07.. time ni aku dah x duduk skli ngn housemate lama.. aku duduk ngn org baru... xperlu la cerita kenapa kan.. korg pn msti x berminat nk tau.. hah, sem 3 ni.. aku dah x jadi pelik dh..aku ok balik.. tp, masalah lain plk timbul. tp, aku x ambik pusing sgt.. cume sllu gk la berfikir.. al maklum la..aku ni mmg suke fikir.. bnde kecik pun nk fikir..tu yg kdg2 otak jd biol tu..bak kata kawan aku Hanisah Zakaria..apa2 pun,enjoy your life k.. hidup klu xde masalah bukan hidup namanya..btul..? juz cool..
sekarang aku di semester 4 ni dapat rumah yg x pernah aku mmpi dapat.. dahlah tggi..mcm2 plk yg rosak.. erm, rumah aku sekarang 4D13..aku sebenarnya teringin nk duduk blok 3 balik..tp,x dapat..nasib2.. syukur jela kan.. klu duduk blok 3 rse selamat sket sbb dia kt dlm kawasan berpagar.. sntiasa tertutup.. best sgt.. nk lepak2 smpai tgh malam pun ok jer.. aku harap sem ni akan jadi lebih mudah untuk aku.. tiada masalah yg boleh gnggu study aku n otak aku ni.. yela,, x kan tiap2 sem nk jd loklak je kan..skli skala nak jgk otak ni normal mcm org lain..haha..mengarut la aku ni..
aku mntak 1 je.. aku nak pastikan aku boleh study dgn tenang sem ni..tolong la wahai encik MASALAH..tolong jgn hampiri aku...aku x suka hang.. ok..! 

Thursday, November 17, 2011

Long Time No See!!

hehe.. mesti korg dh dpt agak apa yg aku nak cakap kn? Or maybe not..? hihihi dah lama sangat sangat sangat sangat aku x update blog aku nih.. dah bersawang dah pun.. bak kata org2 zaman sekarang  " lama gilerrrr siot kau x update blog kau..! bapak lama aku tunggu kau story2 dalam blog kau nih.." .. Hah!! itu adalah reaksi orang2 yg follow blog aku... persoalannya..?? Ada ke orang nk follow blog aku yg x hot ni?? haha.. memang tak lah kan.. tengok la follower aku pun ada brpe kerat jer hah.. 2 3 org jer.. itupun sepupu sepapat n kawan2 aku yg rapat ngn aku... mybe sbb aku jd follower dorg so that's why dorg pn follow la blog aku ni kan.. nak jaga hati.. hehehe... (^_^)
aku rindu gilerr kat korg babe!! siapakah gerangannya yg aku rindui itu?? jeng..jeng..jeng.. hehe..
emmmm,,, ntah!! aku pun x tau.. saje tulis2 apa yg bermain dalam kepala otak aku yg tgh benak skrg nih.. jam pun dah pukul 11.41 pm.. dah malam kot.... better la kau pergi tido sarah oiii... esok ada yg oversleep karang.. baru kau tau merana hidup membuang masa begitu saja.. hah! terlanjur cakap pasal buang masa ni kan.. mengikut kajian.. ramai orang telah menghabiskan masa hidup mereka dengan perkara2 yg merugikan (termasuk aku)..!! hehe.. "Demi masa..Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..kecuali mereka yg berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.." :Surah Al-Asr... (",) Oleh itu, sahabat2 yg aku sayangi hargailah masa anda dengan sebaik2nya.. masa itu emas.. Sangat bernilai jika kita dapat menggunakannya dengan perkara2 yg berfaedah mcm apa yg aku buat skrg ni..(apa yg aku buat?) haha.. mesti korang kata..
 "ek'eleh,, poyo la minah ni.. mcm kau tu baik sgt..!! ek'eleh..poyo2.." hihi..
apa orang nak kata? i don't care.. lebih baik dibenci Manusia, asalkan tidak dibenci ALLAH.. kerana jika ALLAh membenci kite maka tiada siapa akan berpihak pada kita.. tetapi, jika sekiranya kita dibenci oleh hamba ALLAH yang sama sahaja disisi ALLAH darjatnya maka belum tentu ALLAH juga membenci kita.. Kita tidak Layak membenci Makhluk ciptaan ALLAH kerana kita juga sama seperti mereka..sesungguhnya setiap manusia itu sama,yang membezakan mereka hanyalah iman dan amalan mereka disisi ALLAH.. ok kawan2..?? so,jgn sibuk mencari harta benda dan kemewahan duniawi yang bersifat sementara dan tidak abadi ini..ianya merupakan pinjaman ALLAH kepada makhluknya sahaja.. bila Dia nak ambil kembali..anytime Dia boleh ambik.. dan apabila Dia berkata "kun fayakuun" : jadi, maka jadilah.. hehe.. panjang sungguh hamba berceloteh hari ini.. izinkan hamba undur diri.. semoga rakan2 semua (yang 2 3 kerat tu la yg follow blog ni) berada di bawah lindungan dan rahmat ALLAH.. x lupa juga kepada ibu bapa, keluarga dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini.. ameen.. ASSALAMUALAIKUM... =)