Saturday, December 10, 2011

"Minta Maaf" "Sorry" or Whateva

Salam w.b.t.. mcm biasa untuk follower 2 3 kerat tu..
Today, i wanna share my opinion on words "sorry" or "minta maaf" which many people always said when they did something wrong to someone else.. To me, it is something that u should do to make u feel much better towards them..
ok.. masa untuk Bahasa Ibunda..hehe.. meminta maaf dan memaafkan orang adalah sesuatu yang sangat mulia dan suatu kenikmatan.. Allah swt berfirman :


"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

 walaupun kesalahan yang kita lakukan itu sangat kecil ia mampu menjadi besar sekiranya kita tidak mengambil kesempatan untuk meluahkan kata2 maaf pada mereka dan sekiranya orang meminta maaf kita  perlulah memaafkan mereka kerana itu adalah sebaik-baik perbuatan..Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya,,apatah lagi kita manusia biasa yang hina lagi penuh dosa ini.. Maaf ini besar impaknya dalam setiap perkara yang kita lakukan.. Musuh mampu menjadi kawan, kawan juga mampu menjadi musuh jika kita tidak mengambil kesempatan untuk mengucapkan kata maaf atas kesalahan yang kita lakukan..Kata maaf juga mampu untuk menyejukkan hati mereka yang sedang membara,,panas,,dll..

Namun begitu, Saya mempunyai pendapat saya yang saya rasakan mungkin ramai yang tidak setuju, bagi saya untuk sesetengah perkara sahaja, sekiranya kamu rasakan kamu masih tak mampu untuk hindari hal itu jangan gunakan perkataan "sorry" or "minta maaf" untuk menutup kesalahan anda yang bakal anda ulangi kelak..
Antara situasi yang boleh dijadikan contoh adalah seperti berikut:

"Abu sering lambat setiap kali dia berjanji untuk bertemu dengan rakannya. Dia memang sengaja keluar lambat kerana dia tidak suka menunggu. Malah,dia lebih suka buat rakannya tertunggu2 dan memberikan pelbagai alasan atas kelewatannnya.. Perkataan maaf hanya menjadi bahan mainannya untuk menutup kesilapan yang dia sengajakan.."


Situasi lain


" Seorang lelaki berlaku curang.. Pada suatu hari, kekasihnya mendapat tahu tentang kecurangan lelaki tersebut.. Lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan curang lagi.. Kekasihnya percaya dengan lelaki tersebut sedangkan lelaki tersebut hanya berpura-pura dan terus berlaku curang tanpa perempuan itu ketahui... Ini adalah sesuatu yang sangat kejam dalam sesebuah perhubungan.. p/s:Jangan bina hubungan jika anda sekadar ingin bermain2.. memainkan perasaan orang yang setia dengan anda adalah sesuatu yang daif..(saya bukan pakar cinta,sekadar memberikan pandangan yang jujur sahaja)"


Oleh itu, sekiranya anda ingin meminta maaf pastikan ucapan maaf seiring dengan niat yang betul. Jangan bermain-main dengan perkataan maaf. Kita juga perlu memaafkan orang.. Memutuskan silaturrahim adalah satu dosa besar.. Rasululah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memanjangkan silaturrahim." 
Maka dapat disimpulkan bahawa menjaga silaturrahim sesama saudara seislam itu sangat penting.. Jadikan ucapan maaf sebagai penawar hati yang sakit dengan cara yang betul dan buktikannya dengan tidak ulangi kesalahan itu lagi.. Dengan itu, maka wujudlah kehidupan yang harmoni dan hidup dirahmati ALLAH,,InsyaALLAH... wassalam...

No comments:

Post a Comment