Wednesday, May 13, 2015

You are strong enough to be chosen.....

Ada hari bila hang ada masalah,
hang memang akan rasa down.
Serabut.
Hang jadi tak kenal apa itu senyuman.
Hang jadi tak faham apa itu gurauan.
Sampai kadang-kadang kawan baik hang yang niat nak bergurau pun, hang ambil series dan cepat terasa hati.
Kenapa boleh jadi macam tu?
Jawapannya sebab kepala hang pusing, hati hang runsing..
Tak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi.
Yang hang tahu, cuma bersendiri.
Lepas tu menangis.
Dengan harapan masalah itu blah sendiri.
Tapi dengarlah cakap aku.
Selagi mana ada hari baru, selagi itu ada harapan baru.
Cuba kita patah balik melihat hidup kita sebelum ini,
sudah brp banyak masalah yang telah menyebabkan kita jatuh dalam lembah kedukaan yang sama.
Putus asa.
Hilang harapan.
Kecewa yang berpanjangan.
Namun hari-hari selepas itu, hang tetap tersenyum kan.
Hang tetap boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku.
Cuba tanya balik, ke mana perginya masalah yang pernah menghantui hang dulu?
Hang memang cari tak jumpa.
Kerana masalah itu pergi tanpa mengucap selamat tinggal.
Dan dia mula hilang, sejurus hang tabah, kuat, dan mula bangkit mahu menyelesaikan masalah-masalah itu satu-persatu.
Ada masalah.
Jangan tunggu lama-lama.
Minta doa pada Tuhan.
Selesaikan perlahan-lahan.
You are stronger than you think.
-Qawiem Khairi
smile emoticon

No comments:

Post a Comment