Monday, November 26, 2012

Ukhuwah Fillah


"Eh, ya Akhi. Shhhh. Sat, jangan gerak. Tau tau!"

"Enta, nape ni? Ada apa sampai ana kena diri cam robot ni?"

"Shhhh. Tunggu je, ana pi amek tisu sat."

Mataku mengekori kakinya yang pantas menuju ke katilnya,
segenggam tisu dicapai tangan,
kelihatan mulutnya khusyuk mengomel.

"Meh meh. Mai dekat sikit."

Bibir ana dilap.
Tisu yang kering itu mengesat kulit bibirku yang lembab.
Terasa ada sesuatu yang melekat pada bibirku,
spontan ku mengelap dengan tanganku.

Eh?
Takde pape pun?

"Haaaah, camni la baru molek sikit.
Ada ke makan kek birthday comot kalah adik ana yang 2 tahun, ish."

Sengih.

Bukan tisu yang melekat di bibir rupanya.

Tapi satu species yang sangat berharga ,

"Ukhuwahfillah Abadan Abada."

...................

Kadangkala, bibir kita begitu pantas mengungkap bait-bait jiwang,
yang kita jumpa dalam Facebook, atau buku-buku karat-marat,

"Aku cintakan kau kerna Allah."

"Aku bertemu dan berpisah dengannya kerna Allah."

"Aku berukhuwah dengannya kerna Allah."

But do we really mean it?

***

Fillah.
Hanyalah dua kosa kata.
Tapi maknanya melebihi apa yang dua bibir ini mampu ungkapkan.

Apakah layak kita mengatakan kita cintakannya kerna Allah,
bilamana kita melihat sahabat kita 'koma' tatkala azan Subuh berkumandang, kita pergi ke surau seorang diri,
dan berkata,

"Oh, aku cintakan dia kerna Allah. Nanti aku kejut bila balik dari surau."

Apakah layak kita mengatakan kita bertemu dan berpisah dengannya kerna Allah, pabila kita pergi kepadanya dengan niat untuk mengajaknya pergi berkaraoke hingga berjam-jam sampai "gearbox" tekak enta kering kontang kalah padang pasir, dan kemudiannya kita berpisah dan berkata,

"Oh, aku berpisah dengannya kerna Allah. Aku takut dia nanti terleka dengan perkara yang melalaikan."

Apakah layak kita mengatakan kita berukhuwah dengannya kerna Allah, pabila kita nak berusrah, kita bukan main manja dan manis lagi kata-kata kita, tapi bila kita nak pergi kelas, mukanya dah terbojol depan muka pun kita buat tak tau,

"Oh, aku berukhuwah dengannya kerna Allah. Kalau tegur tadi pun bukannya sempat nak bagi tazkirah."

Tuiiih.

.........................

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

-Saidina Ali-

Celikkah kamu, wahai rijal-rijal yang ku kasihi?
Sedarkah kamu, wahai Nisa'-nisa' yang Allah rahmati sekalian?

Tidak sama seorang kenalan dengan seorang kawan,
tidak sama seorang kawan dengan seorang teman,
dan tidak sama seorang teman dengan seorang sahabat,
apatah lagi seorang sahabat dengan seorang saudara.

Dan kerna itu,
dalam mengejar ukhuwah yang hebat,
perlulah mengejar persaudaraan.
Biar terasa bahang persaudaraan kita-kita,
oleh mereka-mereka,
hinggakan mereka-mereka turut mendahagakan ia.
Kerna percayalah,
tiadalah merasai seseorang itu akan kemanisan madu,
hinggalah dia menyuapnya ke dalam mulutnya sendiri.

***

"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara."

-al-Hujuraat, 49:10-

Menjadi seorang saudara tidak bermakna menjadi seorang Mu'min,
tapi menjadi seorang Mu'min bermakna menjadi seorang saudara.

Not all brother of yours is a Mu'min,
but all Mu'min is definitely a brother of yours.

So, in a nutshell,
(aiwaahhh, makin mantap eden cakap omputih, mabruk mabruk!
Dah boleh angkat bakul sendiri dan terbang dengan roh tarbiyah ni, mwehehehe)

Jadi, first things first,
jadilah seorang Mu'min.
Dan kamu akan jadi seorang saudara.

Dan bila kamu menjadi seorang saudara,
kamu akan menjadi seorang saudara yang sebenar.

Eh?
Cam pelik je?

Sebenar?

.............

Meh meh,
abang nak kongsi cite sikit.
Sejak kebelakangan ni suka pulak eden bercerita,
anak-anak ambo mesti happy sokmo nanti malam-malam.
Lalalala~

Alkisahnya,
pada suatu malam,
Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah,
kerna Allah telah memerintah sedemikian.

Alkisahnya jua pada malam itu,
kafirun Quraisy juga ada rancangan yang jijik,
iaitu membunuh cinta kita, iaitu Baginda.

Rasulullah telah memberitahu Saidina Ali,

"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah."

Rumah yang dikelilingi pembunuh,
yang himmahnya begitu kuat,
dan begitu jijik sekali.

Tapi, tanpa ragu-ragu,
Saidina Ali menyetujui,
dan menyelubungi dirinya dengan selimut,
di atas katil Baginda.

***

Sayang,
nampakkah anda?

Betapa bezanya kita dengan Saidina Ali?
Betapa bezanya seorang sahabat dengan seorang saudara?

Ada sebabnya Allah menghidupkan kata-kata Ali merentasi zaman.

Kerna, sayang,
ianya datang daripada hati yang mencintai Allah.
Dan ia datang kepada kita,
menyapa kita,
untuk menjadi seperti Saidina Ali,
saudara yang sebenar.

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

-Saidina Ali-

***

Ayuh,
mari menjadi Saudara.

Moga Allah redha akan kamu, saya dan mereka.

Uhibbuka fillah abadan abada.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

CC: Noor Khamsiah

No comments:

Post a Comment