Thursday, November 29, 2012

DOA PERKARA BURUK UNTUK SESEORANG DIBENARKAN DENGAN SYARAT.......

SESEORANG ISLAM PASTI SUDAH DIAJAR UNTUK TIDAK MENDOAKAN YANG BURUK PADA SAUDARA SEISLAMNYA.. NAMUN BEGITU, MASIH RAMAI YANG BELUM MENGETAHUI BAHAWA HUKUM MELAKNAT SESEORANG ADALAH HARUS KEPADA DUA GOLONGAN IAITU :

1) ORANG YANG ZALIM 
2) ORANG YANG MENGHALANG APA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH

TERDAPAT SATU KISAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W DULU. SATU KISAH DIMANA ADA TIGA KABILAH INI, MEREKA MEMINTA RASULULLAH HANTAR UTUSAN KEPADA KABILAH MEREKA UNTUK BERDAKWAH. NAMUN, APABILA DIUTUS PENDAKWAH TERSEBUT, MEREKA TELAH DIBUNUH OLRH KABILAH-KABILAH TERSEBUT. KEMUDIAN NABI TELAH BERDOA, " YA ALLAH YA TUHANKU, LAKNATLAH KABILAH YANG BERNAMA RAQLAN, ZAKWAN DAN USOYAH KERANA MEREKA DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASUL. 

HADIS KEDUA IMAM MUSLIM. ADA SESEORANG TELAH MENCONTENG MUKA KELDAI. BILA RASULULLAH S.A.W MENGETAHUI TENTANG KISAH ITU, NABI MELAKNAT ORANG YANG MENCONTENG MUKA KELDAI TERSEBUT.

OLEH ITU,DAPAT DIRUNGKAIKAN DISINI, SESIAPA YANG RASA DIRINYA TELAH DIANIAYA MEREKA DIHARUSKAN UNTUK MENDOAKAN KETIDAKSEJAHTERAAN ORANG YANG TELAH MENGANIAYA MEREKA.. HOHOHO

"MAKIN BANYAK ILMU KU BERTAMBAH, MAKIN AKU TAHU, AKULAH ORANG YANG BODOH..."

- IMAM SHAFIE

Cikgu : Banyak2 tangga, tangga ape paling susah nak naik ?
Murid : Tangga batu caves cikgu.
Cikgu : Salah...tangga batu caves ramai yg naik walaupon beratus anak tangga.

Murid : Abis tu tangga ape cikgu ?

Cikgu : Tangga masjid murid2. Walaupon 3 anak tangga susah nak naik.

Wednesday, November 28, 2012

Sangat menikam jiwa.... 

Monday, November 26, 2012

Ukhuwah Fillah


"Eh, ya Akhi. Shhhh. Sat, jangan gerak. Tau tau!"

"Enta, nape ni? Ada apa sampai ana kena diri cam robot ni?"

"Shhhh. Tunggu je, ana pi amek tisu sat."

Mataku mengekori kakinya yang pantas menuju ke katilnya,
segenggam tisu dicapai tangan,
kelihatan mulutnya khusyuk mengomel.

"Meh meh. Mai dekat sikit."

Bibir ana dilap.
Tisu yang kering itu mengesat kulit bibirku yang lembab.
Terasa ada sesuatu yang melekat pada bibirku,
spontan ku mengelap dengan tanganku.

Eh?
Takde pape pun?

"Haaaah, camni la baru molek sikit.
Ada ke makan kek birthday comot kalah adik ana yang 2 tahun, ish."

Sengih.

Bukan tisu yang melekat di bibir rupanya.

Tapi satu species yang sangat berharga ,

"Ukhuwahfillah Abadan Abada."

...................

Kadangkala, bibir kita begitu pantas mengungkap bait-bait jiwang,
yang kita jumpa dalam Facebook, atau buku-buku karat-marat,

"Aku cintakan kau kerna Allah."

"Aku bertemu dan berpisah dengannya kerna Allah."

"Aku berukhuwah dengannya kerna Allah."

But do we really mean it?

***

Fillah.
Hanyalah dua kosa kata.
Tapi maknanya melebihi apa yang dua bibir ini mampu ungkapkan.

Apakah layak kita mengatakan kita cintakannya kerna Allah,
bilamana kita melihat sahabat kita 'koma' tatkala azan Subuh berkumandang, kita pergi ke surau seorang diri,
dan berkata,

"Oh, aku cintakan dia kerna Allah. Nanti aku kejut bila balik dari surau."

Apakah layak kita mengatakan kita bertemu dan berpisah dengannya kerna Allah, pabila kita pergi kepadanya dengan niat untuk mengajaknya pergi berkaraoke hingga berjam-jam sampai "gearbox" tekak enta kering kontang kalah padang pasir, dan kemudiannya kita berpisah dan berkata,

"Oh, aku berpisah dengannya kerna Allah. Aku takut dia nanti terleka dengan perkara yang melalaikan."

Apakah layak kita mengatakan kita berukhuwah dengannya kerna Allah, pabila kita nak berusrah, kita bukan main manja dan manis lagi kata-kata kita, tapi bila kita nak pergi kelas, mukanya dah terbojol depan muka pun kita buat tak tau,

"Oh, aku berukhuwah dengannya kerna Allah. Kalau tegur tadi pun bukannya sempat nak bagi tazkirah."

Tuiiih.

.........................

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

-Saidina Ali-

Celikkah kamu, wahai rijal-rijal yang ku kasihi?
Sedarkah kamu, wahai Nisa'-nisa' yang Allah rahmati sekalian?

Tidak sama seorang kenalan dengan seorang kawan,
tidak sama seorang kawan dengan seorang teman,
dan tidak sama seorang teman dengan seorang sahabat,
apatah lagi seorang sahabat dengan seorang saudara.

Dan kerna itu,
dalam mengejar ukhuwah yang hebat,
perlulah mengejar persaudaraan.
Biar terasa bahang persaudaraan kita-kita,
oleh mereka-mereka,
hinggakan mereka-mereka turut mendahagakan ia.
Kerna percayalah,
tiadalah merasai seseorang itu akan kemanisan madu,
hinggalah dia menyuapnya ke dalam mulutnya sendiri.

***

"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara."

-al-Hujuraat, 49:10-

Menjadi seorang saudara tidak bermakna menjadi seorang Mu'min,
tapi menjadi seorang Mu'min bermakna menjadi seorang saudara.

Not all brother of yours is a Mu'min,
but all Mu'min is definitely a brother of yours.

So, in a nutshell,
(aiwaahhh, makin mantap eden cakap omputih, mabruk mabruk!
Dah boleh angkat bakul sendiri dan terbang dengan roh tarbiyah ni, mwehehehe)

Jadi, first things first,
jadilah seorang Mu'min.
Dan kamu akan jadi seorang saudara.

Dan bila kamu menjadi seorang saudara,
kamu akan menjadi seorang saudara yang sebenar.

Eh?
Cam pelik je?

Sebenar?

.............

Meh meh,
abang nak kongsi cite sikit.
Sejak kebelakangan ni suka pulak eden bercerita,
anak-anak ambo mesti happy sokmo nanti malam-malam.
Lalalala~

Alkisahnya,
pada suatu malam,
Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah,
kerna Allah telah memerintah sedemikian.

Alkisahnya jua pada malam itu,
kafirun Quraisy juga ada rancangan yang jijik,
iaitu membunuh cinta kita, iaitu Baginda.

Rasulullah telah memberitahu Saidina Ali,

"Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah."

Rumah yang dikelilingi pembunuh,
yang himmahnya begitu kuat,
dan begitu jijik sekali.

Tapi, tanpa ragu-ragu,
Saidina Ali menyetujui,
dan menyelubungi dirinya dengan selimut,
di atas katil Baginda.

***

Sayang,
nampakkah anda?

Betapa bezanya kita dengan Saidina Ali?
Betapa bezanya seorang sahabat dengan seorang saudara?

Ada sebabnya Allah menghidupkan kata-kata Ali merentasi zaman.

Kerna, sayang,
ianya datang daripada hati yang mencintai Allah.
Dan ia datang kepada kita,
menyapa kita,
untuk menjadi seperti Saidina Ali,
saudara yang sebenar.

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”

-Saidina Ali-

***

Ayuh,
mari menjadi Saudara.

Moga Allah redha akan kamu, saya dan mereka.

Uhibbuka fillah abadan abada.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

CC: Noor Khamsiah

Tuesday, November 6, 2012

PERMATAKU



Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

 Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...