Sunday, August 9, 2015

Digital Diary...

Blog ni kalau ikut teori yang aku invent.. Aku berpendapat blog ni adalah sejenis diari yang berbentuk digital.. Sebab apa digital? Tidak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut kot.. Semua pun faham apa itu digital rasanya...

Bezanya diari digital dengan diari common yang orang selalu guna iaitu diari yang ditulis dalam buku adalah dari segi privasi kot.. Kot la.. hehe... *Tak Yakin*
Yela, kalau kita guna buku diari, susah orang nak baca.. Kita mesti akan simpan elok2 diari kita tu kan, taknak bagi orang baca.. Lain pulak ceritanya kalau blog.. Kita publicize apa yang kita nak cakap secara terbuka.. So, sesiapa sahaja yang tahu kita punya blogspot address confirm boleh baca entry kita kan3333??? Hee~~~

Dah cukup satu perbezaan... Dapat la 3 markah kalau exam.. Point dengan huraian...

Apa sebab aku guna Digital Diari ni ehh??

Pertama, sebab aku malas nak tulis tangan guna pen... Betul ke ayat aku ni.. Lantak la.. haha
Kedua, tak ramai pun yang tau blog aku ni.. Jadi tak kesah kot nak tulis apa pun..
Ketiga, aku nak luahkan apa yang aku rasa terhadap satu2 hal atau benda....
Keempat, nanti kalau2 aku dah takde... Aku harap diorang boleh selongkar laa Digital Diari aku ni... Cari la kot2 ada cerita mengenai korang terselit dalam ni..
At least korang tahu apa yang aku rasa kan... Time tu kalau korang kot2 nak marah aku ke, dah tak boleh marah sebab aku dah takdeee... hehehe... Selamat aku.. fuhh... haha...

Tapi, Nanti lepas aku takde jangan lupa sedekah alfatihah untuk aku tau..

Terima KASIH.. :`)

No Title...

Lama jugak tak menulis...
Tak sempat nak fikir kata madah pujangga...
Otak beku..
Sebeku Hati ini...
Lalu perasaan menjadi Dingin...
Hingga mewujudkan Sarah Muhamad yang sifatnya seperti batu...
Klu dicampak dan tercampak tetap sama..
Tiada beza fiziknya..
Namun, rohaninya tak siapa yang tahu, apatah lagi memahami...
Hanya DIA yang mengerti apa yang terbuku dan tersirat di kalbu..
Terkadang yang tersurat itu mungkin dapat dibaca tetapi sukar untuk difahami..
Yang benar2 mengerti hanyalah si penulis cerita itu..

Dan untuk hidupku....

AKU lah penulisnya... AKU lah pencoraknya...

Tetapi, DIA yang menentukan setiap takdir hidupku.. DIA lah penentu segalanya...

ALLAH MAHA BERKUASA...