Friday, September 21, 2012

"Semalam kita berjaya...
Hari ini Kita gagal..
Ini perkara biasa Sarah.. Bersabarlah wahai hatiii...

InsyaALLAH,esok kejayaan pasti jadi milik mu..." :')

Sunday, September 2, 2012

PENYESALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ehem, salam 1 Malaysia juga.. (hoho)

  Penyesalan. Sesuatu hal yang semua manusia dalam dunia ini pernah atau bakal merasainya. Seumur hidup saya diatas dunia ini sudah banyak hal yang membuatkan saya menyesal. Namun begitu, kita sebagai seorang muslim tidak seharusnya menyesali sesuatu yang telah berlaku dalam diri kita.. Hal ini kerana ianya tidak digalakkan dalam agama kita sendiri..

Selain daripada itu, kita juga dilarang untuk menyesal dengan menggunakan perkataan "kalau". Namun begitu, perkataan itu yang sering keluar daripada mulut kita sekiranya berlaku penyesalan. Saya tidak terkecuali.

Marilah sama-sama kita mengamalkan sikap untuk tidak menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Itulah jalan yang kita pilih.. Bersyukur lah atas segalanya dan berserahlah hanya pada ALLAH. Saya juga pernah melakukan kesilapan dan juga menyesalinya..

Jika penyesalan tersebut berbaur positif maka itu adalah sesuatu yang perlu untuk meningkatkan jati diri kita sendiri dan memuhasabah diri supaya menjadi insan yang berguna di atas dunia ini serta memberi manfaat pada insan lain untuk memikul tugas sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini.

Oleh itu, perlu lah kita sentiasa sedar siapa diri kita, apa tujuan kita hidup dan sentiasalah bersyukur dan redha atas ketentuan hidup yang telah tertulis buat kita. Ya. Segalanya telah tertulis. Maka, redha lah dan terima dengan seadanya.. wallhua'alam.. =D